Pelan Perniagaan (Business Plan)


1.    MUKA DEPAN
Tajuk projek
Nama syarikat / pengusaha
Tarikh
Logo

2.    ISI KANDUNGAN

3.    RINGKASAN SYARIKAT/PERNIAGAAN/ INDIVIDU Nama syarikat, nama penggerak utama dan cadangan projek.
Pengurusan projek
Pasaran dan ekonomi
Kos projek daya Maju
Ekuiti dan keperluan Pinjaman
Cagaran
Sokongan MoA Inc (Seperti Jabatan pertanian Daerah / Negeri)

BAHAGIAN UTAMA

1.    PENGENALAN 
      Tujuan pelan pembangunan / bisnes Projek
      Tujuan Projek

2.    LATAR BELEKANG PROJEK
Syarikat

      Nama dan No. Pengenalan
      Alamat
      No. Tel dan No. Faks
      Bank Syarikat
      Setiausaha Syarikat
      Juruaudit Syarikat
      Modal Diberikan dan Modal dibayar syarikat
      Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (Profil)

Projek
      Lokasi dan status semasa – berhampiran dengan jalan/  Sumber
Air / infrastruktur
      Teknikal dan teknologi
      Kesesuaian tanah
      Agroiklim
      Summer dan kualiti air
      Pemilihan komoditi
      Keperluan dan kos infrastruktur
      Teknologi sedia ada yang akan digunakan
      Input-input dan lain-lain
3.    PASARAN DAN EKONOMI
      Analisa pasaran dan pelan pemasaran
      Harga Produk di pasaran


4. KEWANGAN
      Penyata kewangan dan penyata untung Rugi
      Aliran kewangan (csahflow). Sumber kewangan, ekuiti syarikat dan IRR, NPV, B/C Ratio dan lain-lain.
      Titik pulang Modal, Tempoh Penangguhan
      Jadual bayaran balik Pinjaman

5.    ORGANISASI DAN PENGURUSAN
6.    PENILIAN / PEMANTAUAN YANG DISYOR KAN
7.    JUSTIFKASI
8.    PENUTUP


 

ISI KANDUNGAN


No
Perkara
Mukasurat
A.
Matlamat

B.
Pihak Yang Terlibat

C.
Pemilihan Penanaman Cendawan 

D.
Lokasi Projek

E.
Perancangan Pengeluaran

F.
Analisa Pengeluaran dan Kewangan

G.
Rancangan Pemasaran

H.
Pembangunan Perniagaan

I.
Pelan Tindakan bagi Risiko dijangkakan

J.
Tenaga kerja

K.
Pelan Perancangan penanaman





















A. MATLAMAT


1.   Melibatkan diri sebagai generasi muda bumiputera di dalam sektor pertanian secara komersil terutama pertanian menggunakan teknologi tanpa pengggunaan tanah yang luas disamping menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian adalah sebuah bentuk perniagaan yang menguntungkan. 

2.   Kadar jualan melebihi RM 250,000.00 setahun

3.   Menjadi projek pertanian contoh secara khususnya bagi tujuan dan latihan bagi kemententerian Pertanian.

4.   Menyediakan peluang pekerjaaan sampingan kepada masyarakat setempat.

5.   Bagi pengeluaran 200kg sehari, pekerja kontrak yang diperlukan bagi proses penyediaan beg adalah seramai 10-15 orang dan pembungkusan adalah seramai 10 orang. Lihat mukasurat XX bagi maklumat terperinci.


B. PIHAK YANG TERLIBAT


1.   ProjekCendawan (Kedah AgroFarm) / Belia 4B-  Pengusaha
2.   Jabatan Pertanian Malaysia – Pembimbing Projek
3.   FAMA- Pemasaran dan logistic
4.   MARDI- Khidmat Nasihat Teknikal
5.   Bank Pertanian – pembiaya Kewangan Projek

C. PEMILIHAN CENDAWAN TIRAM


1.   Secara amnya cendawan tidak memerlukan penggunaan tanah sebagai medium pertanian bahan buangan iaitu habuk kayu getah merupakan media utama. 

2.   Penggunaan ruang yang efektif kerana beg cendawan disusun di atas rak.

3.   Berpotensi memaksimakan dan mempelbagai penggunaan tanah kebun  getah, kelapa sawit, buah-buahan atau kawasan rumah kampong seperti kawasan Felda.

4.   Kebolehan perancangan pengeluaran dilakukan kerana pusingan (fruiting ) boleh dijangkkakan.

5.   Pengerakan harga bulanan yang stabil ( sumber warta barangan 2000 FAMA)

6.   Cendawan Tiram mempunyai beberapa variety seperti
Cendawan Tiram Kelabu, Putih, Merah Samar, Biru dan Kuning


D. LOKASI PROJEK


Tanah Pertanian di Kg. Baru Kuala Nerang,  Kuala Nerang milik Koperasi Peladang, atas pajakan selama 10 tahun  seluas 50 ekar. Dinilai perjanjian selama RM 300 Ribu secara usahasama dengan syer 30%.


Tapak Projek dipilih berasaskan faktor berikut:

1.   Berada di didalam lingkungan 120 KM dari Pulau Pinang ( hub pemasaran ) bagi kemudahan pemasaran dan logistik sayuran yang mudah rosak. Kawasan yang termasuk di dalam Koridor Utara.

2.   Kawasan persekitaran yang bersih dikelilingi oleh pokok bagi menghalang pencemaran terutama asap kenderaan kerana ia terletak kira-kira 1 KM dari jalan utama.

3.   Lokasi tersebut mempunyai prasarana kemudahan asas seperti bekalan air paip, elekterik dan jalan yang lengkap.

4.   Berdekatan dengan kawasan kampong bagi kemudahan tenaga kerja ini juga bagi menyediakan peluang pekerjaan sampingan kepada masyarakat setempat khususnya bagi beliabelia di sekitar daerah Kuala Nerang, Kedah.


E. PERANCANGAN PENGELUARAN 


Faktor utama berikut adalah penting merancang pengeluaran dan pengiraan.

Penghasilan

1. Tempoh Pemeraman – selepas menyuntik benih 45 hari 2. Masa rehat (fruiting interval) di antara pungutan hasil adalah 10 hari.
3.                   Tempoh Matang selepas penutupan dibuka adalah 3 hari 
( ditutup semula pada hari ke 5)
4.                   kekerapan penghasilan sebanyak 4 kali
5.                   Campuran Media : 100:10:1 Habuk kayu 500gm/beg
6.                   Biji benih: 1 Botol / 25 beg
7.                   pengeluaran : 200kg sehari
8.                   Hasil per berg: 60 gm
9.                   Upah kerja
a.   Penyediaan beg 17 sen beg
b.   Pembungkusan 7 sen beg
c.   Pengurusan RM 10,000 Sebulan
10.                Sewa  RM 300 sebulan
11.                Pemasaran 
a.   Berat Bersih 10gm / pek
b.   Harga RM 4.00/kg

Sila lihat mukasurat 15 dan 16 Jadual pengeluaran


Keperluan Peralatan Pengeluaran.


12.                Pondok Cendawan ( 2 Unit) – dua (2) unit pondok perlu dibina bagi sesuatu matlamat pengeluaran. Satu unit bagi menempatkan beg cendawan bagi penghasilan semasa dan sebuah lagi menempatkan beg cendawan gantian selepas pondok pertama habis pengeluaran hasil.

13.                Pengukusan (2 unit) – kapasiti muatan untuk satu pengukus dalam 1000 beg. Bagi pengeluaran 200kg sehari, bagi menyuntik 3,833 beg beg sehari 2 pengukus diperlukan bagi memenuhi matlamat ini.

      Beg cendawan akan dikukus sela a12 jam dan akan dibiarkan sejuk selama 48 jam sebelum benih disuntik.

      Pengukusan akan dibuat pada suhu minima 100°C bagi menyahkuman campuran media.

14.                Sistem Penyemburan kabus (mist sprinker system)(2 unit) – perlu dibina bagi mengawal suhu di dalam pondok supaya kurang daripada 28°C dan peratus kelembapan melebihi 80%.

15.                Mesin Pembancuh – bagi menimatkan tenaga kerja dan memperolehi campuran media yang sekata.

16.                Kelengkapan lain – termasuklah peralatan dan servis pembasmian serangga perosak, peti sejuk dan elektrik seperti lampu.

17.                Bilik suntik dan stor – keperluan menyediaan bilik khusu bagi bilik suntik untuk meminimakan kerosakan dan bilik stor habuk bagi mengurangkan kerugian atau lebih penggunaan bahan media.


F. ANALISA PENGELUARAN DAN KEWANGAN


1. Faktor Utama Kos

Penyediaan Peralatan dan Bangunan RM 136,724

Pondok Cendawan

1.   2 pondok cendawan memerlukan 38 ribu iaitu 22.79% dari jumlah keseluruhan pembiayaan.

2.   Satu pondok disediakan bagi menghasilkan semasa dan satu pondok tambahan diperlukan bagi menampung penghasilan selepas pondok pertama telah tamat tempoh penghasilan.

3.   Ia juga disediakan kerana masa pemeraman sebelum penghasilan adalah selama 45 hari.

4.   Muatan pondok perlu menempatkan jumlah keseluruhan beg cendawan untuk sesuatu penghasilan bagi mengelak pembaziran ruang.

5.   Setiap pondok akan dibahagikan kepada 3 seksyen tertutup bagi menimakan risiko jangkitan penyakit cendawan.

Pengukus 

1.   2 unit pengukus menelan belanja RM 10 ribu iaitu 6% daripada belanja pembiayaan.

2.   Pengukus merupakan alat kritikal kerana faktor berikut perlu diambil kira bagi penempatan cendawan.

      Muatan pengukus mesti dapat menampung matlamat pengeluaran sehari.

      Masa yang diambil bagi mengukus beg cendawan adalah selama 12 jam pada suhu 100C.

      Masa yang diperlukan bagi menyejukkan beg cendawan pada suhu bilik adalah selama 48 jam.


3. Dua pengukus diperlukan bagi pengeluaran cendawan 200kg  sehari pengukusan sebaik-baiknya dilakukan semasa waktu siang bagi mengelakkan kesilapan.


Perbelanjaan tetap (overhead) Pengurusan dan Sewa.

1.   Jumlah sebenar kos ini adalah RM 18,197 bagi setiap pusingan penanaman.

2.   Jumlah ini adalah 10.91% daripada belanja pembiayaan atau RM 0.40 per beg atau RM 0.38 bagi setiap RM.

3.   Kadar Kos ini bagi setiap beg akan menurun jika pengeluaran ditingkatkan. Sebagai contoh kenaikan pengeluaran ditingkatkan. Sebagi contoh; kenaikan pengeluaran sebanyak 5 kg sehari akan menurrunkan kos ini sebanyak 1.56% bagi setiap ringgit atau mengurangkan kos per beg sebanyak 0.01.


Perbelanjaan Operasi – RM 33,074 (58%) semusim

1.   Perbelanjaan yang diperlukan bagi menyediakan 46 000 beg cendawan semusim dan membungkus 200kg pek cendawan sehari adalah 29,496.50.

2.   Ini merupakan 16.49% daripada jumlah pembiayaan atau RM
0.40 per beg atau bernilai RM 0.58 bagi setiap RM.

3.   Kadar Kos ini adalah berkadar terus dengan jumlah penghasilan yang dirancang.

4.   Hasil pendapatan bagi pusingan semasa akan disimpan bagi jumlah bagi perbelanjaan operasi untuk keperluan pusingan berikutnya.

5.   Habuk kayu getah sebagai media asas penanaman menyumbang sebanyak 13.91% kepada jumlah perbelanjaan operasi.

Keperluan pengurangan kos dan memaksimakan penggunaan peralatan,

1. Mengurangkan kos

a.   Meningkatkan jumlah penghasilan setiap beg. Antara faktor yang perlu diambilkira adalah cuaca panas yang akan membantutkan pembesaran cendawan atau menyebabkan cendawan menjadi kering dan ringan.

b.   Bagi tujuan ini sistem penyemburan akan diaktifkan secara automatik sekiranya suhu melebihi 28 C dan bagi mengekalkan kelembapan udara pada minima 80C.

c.   Memaksimakan penggunaan ruang pondok cendawan dan pengukus. Rekabentuk pondok perlu dirancang bagi menempatkan jumlah keseluruhan beg yang diperlukan bagi setiap pusingan pada satu beg. Ini bagi mengelakan percampuran beg cendawan antara penanaman semasa dan penanaman berikutnya.

d.   Oleh kerana kos pengurusan dan operasi adalah tetap, satu-satunya cara mengurangkan kos ini adalah dengan menambahkan jumlah pengeluaran.


2. Masa rehat (Inter-fruiting) dan penghasilan


a.  Masa rehat diantara setiap kutipan hasil.

I.        Penambahan masa rehat penghasilan (fruiting interval) akan menyebabkan penambahan jumlah beg cendawan.

II.      Ini akan menyebabkan kos penyediaan peralatan dan kos tetap akan turut meningkatkat kerana lebih lama masa yang diperlukan untuk mengeluarkan hasil.

III.    Jika lebih lama masa yang diperlukan untuk pengeluaran hasil, tempoh pembayaran balik pinjaman juga akan meningkat.

b.  Penghasilan setiap beg.

Penghasilan setiap beg adalah amat penting kerana penghasilan setiap beg yang akan tinggi akan mengurangkan jumlah beg yang diperlukan.

c.   Penambahan kekerapan penghasilan (fruiting cycles)

I. Penambahan penghasilan daripada 4 kali daripada 5 kali akan meningkatkan nisbah pendapatan kepada modal tetapi meningkatkan pembayaran pinjaman.

d.  Harga

Untuk tujuan pengiraan harga pasaran bernilai RM 4.00 sekilogram adalah digunakan. Kenaikan harga akan memberikan kesan yang positif kepada semua faktor kos dan pembayaran pinjaman.

Sila rujuk jadual di bawah bagi kesan perubahan pada konstan terhadap pembiayaan dan nisbah kewangan
e.  Kesan perubahan konstan

Konstan  
Pengeluaran
Harga 
Hasil/beg
Masa
rehat & matang
Masa pemeraman






































Secara amnya 2 faktor berikut akan memberikan kesan positif ke atas projek tanpa melibatkan pembiayaan tambahan.

a)   Penambahan penghasilan setiap beg

b)   Kenaikan harga cendawan.



f.    Pendapatan sampingan

I. Pelupusan media sebagai baja kompos


      Selepas tamat penghasilan semasa, media yang digunakan dapat dijual sebagai baja kompos atau sebagai bahan campuran membuat baja kompos.

      Bagi setiap penanaman terdapat 13,800 kg buangan yang dapat dikumpulkan

      Sekiranya dijual pada harga borong RM 1.00 sekilogram pendapatan sampingan yang boleh didapati adalah RM 13,800.



II. Penjualan beg cendawan Siap.

Beg cendawan siap boleh dijualkan kepada pengusaha kecil yang tidak mampu menyediakan perusahaan modal kapital atau bagi isi rumah yang mahu mendekati perusahaan cendawan tiram boleh membeli beg yang telah siap disuntik pada harga RM 1.50. Purata kos penyediaan adalah RM 1.03

g.  Pembiayaan dan pulangan 

Pinjaman pembangunan
RM 136, 724
Pinjaman Operasi
RM 30,027
Jumlah keseluruhan
RM 166,751
Pendapatan tahun Pertama
RM 360 ,500
Tempoh pembayaran Pinjaman
602 hari / 1 tahun 8 bulan 2 hari.
 



Analisa kewangan (Tempoh projek @ 15 tahun)
NPV@10%                                      RM482,967
IRR                                                    95.18%
B/C @ 10%                                      6.69

G. RANCANGAN PEMASARAN


Peringkat permulaan

1.  Pemasaran akan dilakukan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

a.   Dilakukan bagi membolehkan  pengusaha menumpukan perhatian kepada pengurusan dan penanaman.
b.   FAMA akan membantu dari segi logistik dan pasaran.
c.   Memperolehi pengalaman dan kebolehpercayaan sebelum memasuki pasaran terbuka secara sendiri.


2.  Pembekalan dilakukan melalui kontrak bekalan.

a. Cara kedua: konsep jaminan pasaran 100%

Kaedah permulaan bagi permulaan projek melalui pinjaman bank.


Peringkat kedua

1.           Pemasaran masih lagi dijalankan melalui FAMA tetapi menggunakan kontrak bekalan berbeza.


      Cara pertama : konsep jaminan pasaran ikut peratus

2.           Kaedah yang akan digunakan setelah pinjaman dilunaskan atau mendapat kepercayaan daripada pasaran terbuka.

      Pemasaran akan dilakukan sendiri kepada pasaraya, pasar borong, pasar basah dan mana-mana ruang atau kaedaha jualan yang ada bagi mendapatkan harga yang maksima.

      Pemasaran selain daripada FAMA akan dipecahkan mengikut peratuh bagi mengelak pergantungan kepada sesuatu ruang pasaran sahaja.

H. PEMBANGUNAN PERNIAGAAN.

Peningkatan pengeluaran

a. Ini dapat dilakukan melalui 2 kaedah.

I.      Pelaburan keatas unit sedia ada dengan menambah peralatan. Ini      akan mengakibatkan   syarikat      terpaksa mengeluarkan belanja sendiri atau mengambil pinjaman.

II.    Rangkaian pembekal (sub-vendor). Syarikat mempunyai pembekal tetap bagi menampung keperluan dan peningkatan pengeluaran tanpa melibatkan pelaburan sendiri


Rangkain pembekal (sub-vendor) – networking

a. Sebelum ini kaedah ini dapat dilaksanakan beberapa asas perlu dilakukan

a.   Pemasaran tidak bergantung sepenuhnya kepada FAMA.

b.   Syarikat berupaya bersaing di pasaran luar seperti pasaraya dan meliputi kawasan luar daripada Kelang.

c.   Contoh daripada harga Pemborong Alor Setar,

      Harga borong semua hasil pembekal RM 4.70

      Harga borong hasil pembekal mengikut jumlah yang ditetapkan RM 4.90

      Harga belian secara mengejut atau diluar dari persetujuan – RM 5.00

      Pasa asasnya, harga borong dari DMI adalah RM 5.00
– RM 6.00

d. Kelebihan kaedah ini ini adalah 

      Sokongan pembekalan yang mantap bagi memenuhi pasaran sedia ada.. Masalah Utama pasaran sekarang adalah pembekalan yang tidak konsisten.

      Membantu pengeluar kecil dengan menyediakan ruang pemasaran bagi mereka teruatama pengeluar bumiputera.

      Kegagalan utama mereka adalah kapasiti pengeluaran yang kecil dan kurang upaya menyediakan bekalan konsisten.

      Faktor harga yang perlu diambilkira dengan menetapkan harga minima. Sekiranya harga pasaran cendawan jatuh dibawah harga minima, peningkatan kos akan berlaku dan menyebabkan ramai pengeluar hilang keupayaan operasi.


i. PELAN TINDAKAN BAGI RISIKO DIJANGKAKAN.

Cendawan adalah sensitive kepada pencemaran dan cuaca dan ia memerlukan persekitaran yang bersih dan suhu yang terkawal.

A. suhu dan kelembapan

I.         suhu yang panas akan membantutkan pengeluaran cendawan dan pembesarannya

II.       alat penyemburan kabus ( Mist Sprinkler System) dipasang di dalam setiap rumah cendawan bagi melembapkan suhu pondok sekiranya suhu melebihi tahap yang ditetapkan.

III.     Atap rumah cendawan juga akan disiran secara manual 2 kali sehari bagi menurunkan suhu di dalam pondok dan membersihkan rumah cendawan daripada habuk atau debunga tumbuhan yang lain.

IV.    Bangunan dan peralatan.

I.            Jadual pembersihan bagi kawasan dalam pondok seperti menyapu perlu dibuat bagi memastikan bahan yang menugkin mengundang serangga perosak.

II.          Pembinaan dinding simen setinggi 6 inici ke atas dan bawah permukaan tanah bagi mengelakkan serangga atau binang yang merayap dan memasuki pondok.

III.        Umpan binatang perosak seperti lipas, semut, tikut juga akan diletakkan di dalam pondok.

IV.        Alat pembunuh serangga (electrical Insect Killer), jika perlu dipasang bersama dengan jarring halus bagi menghapuskan serangga.

V.         Bilik        suntikan     perlu dibina         dari   bahan         yang tidak mengeluarkan habuk halus terutamanya bahagian dinding.

VI.        Pintu masuk ke mana-mana bahagian kawasan pengeluaran atau simpanan benih perlu ditutup selalu dan hanya personel yang berkenaan sahaja yang memasukinya jika perlu.

VII.      Benih cendawan dibekalkan oleh pembekal yang terjamin kualitinya.

VIII.    Proses dikontaminasi akan dilakukan kepada bilik suntik setiap kali sebelum pusingan digunakan, rumah cendawan dan rak selepas tamat setiap pusingan pemeraman.


D.  Persekitaran 

I.        Pembinaan longkang bagi menghalang kemasukan air ke dalam pondok, gudang simpanan dan tempat habuk kayu.
II.      Persekitaran perlu selalu dibersihkan memotong rumput di kawsan sekitar bagi mengelakkan pembiakan serangga terutamanya nyamuk.

III.    Perbanyakkan penanaman pokok di sekeliling kawsan bagi merendahkan suhu.

E.  Personel

I.        Hanya personel / pekeja yang berkenaan sahaja boleh memasuki pondok dan bilik suntikan.

II.      Penggunaan pakaian pelindung  akan dikuatkuasaan jika perlu bagi mengehadkan kemasukkan personel ke dalam pondok terutamanya pelawat.

III.    Personel tidak dibenarkan membawa makanan, minuman ke dalam pondok cendawan atau merosokok di dalam kawasan prngrluaran terutamanya kawasan simpanan habuk bagi mengelakkan kebakaran.

J. Tenaga Kerja

Pengurusan

a.   Pengurus Besar: Mohd Izwan Bin Mohd Khalit, 27 tahun Bekas Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Pelajara Malaysia.Mempunyai pengalaman didalam pengurusan maklumat dan perancangan bagi berskala besar di dalam pemasaran.


b.   Penyelia Teknikal : En Sabri Bin Rusli 27 Tahun yang mempunyai kemahiran teknikal di dalam bidang elekterik dan eleoktronik akan membantu di dalam segi pembinaan struktur. Beliau akan membantu secara terus bagi projek di kawasan Ngeri Kedah.

c.   Penyelia Tanaman: Haji Zakaria, 36 Tahun mempunyai Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia akan membantu pengendalian projek secara terus.

Operasi

a.   Pengendalian harian kos operasi akan dilakukan secara kontrak mengikut pengeluaran seperti yang dicatatkan di dalam jadual kos.

b.   3 orang pekerja tetap digunakan bagi tujuan pengendalian dan penjagaan operasi.




ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN
(PERUNTUKAN RM 20,000)

PERKARA
KUANTITI
ANGGARAN
(RM)
CATATAN
1. BINAAN DAN PERALATAN



1.1 Bangunan 1 – Rumah Cendawan
( 415’ X 40)
      Ruang menyimpan media (5’5)
      Ruang menggaul media, bagging dan kukus, beg media dan simpan barang (10’X10’)
      Bilik suntik benih (5’X5”)
      Ruang pungut hasil (15” x 30”)
1 unit
14,500
Ruang memungut hasil memuatkan 3,600 beg cendawan (anggaran hasil 12kg/hari) Anggaran jualan hasil :

12kg x RM 5X 30 hari
= RM 1800/bulan
1.2 Set dapur, pengukus beg @ RM
500/set
2 set
1,000

1.3 Tutup, leher & penyumbat beg @
15 sen/set
7,200 set
1,080
Boleh dipakai selama 3 tahun.
1.4 Peralatan menyiram & peralatan kecil-baldi, pencedok dll.
1 set
100

JUMLAH

16,8680

2. BAHAN PENANAMAN CENDAWAN ( UNTUK 3,600 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/ TAHUN = 7,200 BEG/TAHUN)
2.1 Habuk kayu @ 20 sen/kg
3,600kg
720
500gm/beg
2.2 Dedak halus @ 50sen/kg
360kg
180
500gm/beg
2.3 Kapur pertanian @20sen/kg
36kg
72
5gm/beg
2.4 Plastik PP 6”X13”, 0.6 @ RM8/kg
36kg
288
200kpg/kg
2.5 Benih Cendawan @ RM 1.20 
240 botol
288
30 beg /botol
2.6 Gas @ 7 sen/beg
7,200 beg
504
Kadar pengukusan menggunakan tong dram
2.7 Penggunaan air

100

2.8 Pelbagai – Klorox, Alkohol

68

2.9  Upah pekerja @ RM 550 X 2
Bulan Pertama
1 pekerja 
1,100
Upah perkerja di bulan ketiga diambil dari jualan hasil cendawan.
JUMLAH

3,320

JUMLAH BESAR

20,000

      
ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN
(PENDAPATAN KASAR RM 3,000/BULAN)

PERKARA
ANGGARAN (RM)
CATATAN
1. BINAAN DAN PERALATAN


1.1 Bangunan I – Rumah penyediaan (20’X15’)
      Ruang menyimpan media (5’X10’)
      Setor (3’X10’)
      Ruang menggaul media, bagging & kukus beg media (10’X15’)
      Bilik suntik media (7’X10’)
7,000

1.2 Bangunan II – Rumah Cendawan 20’X 40’
(termasuk rak beg media)
16,000
Ruang memungut hasil memuatkan
6,000 beg cendawan anggaran hasil
20kg/hari
1.3 Set dapur, pengukus beg, 2 set @ RM 500 /set
1,000

1.4 peralatan menyiram 1 set
100

1.5 Pelbagai peralatab kecil-baldi/pencedok dll
300

JUMLAH
24,400


2. BAHAN PENANAMAN CENDAWN ( UNTUK 6,000 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/  TAHUN = 12,000 BEG SETAHUN.
2.1 Habuk kayu, 6,000 kg @ 20 sen 
1,200
3,000kg/ 1 musim
2.2  Dedak halus 600kg @ 50 sen
300
300kg/ 1 musim
2.3 kapur pertanian 60kg @ 20 sen
12
30kg/ 1 musim
2.4 Tutup, leher & penyumbat beg 12,000 set @ 15 sen
1,800
Boleh dipakai semula untuk 3 tahun.
2.5 Plastik PP 6”X 13” , 0.6 @ RM 8kg
480
200kg.kg
2.6 benih Cendawan 400 botol @ RM 1.20 
240

2.7 Gas @ 7 sen/beg x 12,000 beg
840

2.8 Penggunaan air & api
200

2.9 Pelbagai
400

JUMLAH
5,472

JUMLAH BESAR
29,872


PERKIRAAN PENDAPATAN KASAR RM3,000/SEBULAN
Penghasilan 20kg/hari 
      Tiap beg dianggarkan 50/gm /kutipan
      Setiap hari perlu buka beg media 400 bg/hari (400 beg x 50 gm = 20 kg)
      Setiap beg media diselangi 15 hari sekali kutipan hasil.
      Perlu ada : 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg media
Hail harian cendawan
20kg/harian dengan jualan harga jualan RM5/kg
Pendapatan kasar harian
20kg x RM 5.00 = RM 100/Hari


Comments

Popular posts from this blog

1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

10 Produk Inovatif

3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)