1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

Biografi Usahawan 1

Mydin Mohamed bin Ghulam Hussain
Pemilih (CEO) Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)

Nama:                         Mydin Mohamed bin Ghulam Hussain
Bangsa:                       India Muslim dari Kathiawar di Gujarat, India
Tempat Lahir:             Pulau Pinang, Malaysia
Tarikh Lahir:                5th Januari 1928
Tahun:                         87 tahun (2015)
Jawatan:                      Chief Executive Director kepada Mydin Holdings Berhad
Nama Isteri:                Rowshan Bhai
Bilangan Anak:            7 (3 perempuan dan 4 lelaki)
Pendidikan:                 Sekolah Inggeris di Penang bersama adiknya, Mohamed Ali.
Bisnes pertama:        Perniagaan runcit kecil yang dibuka menggunakan duitnya sendiri semasa berusia 29 tahun
Bidang bisnes:             Peruncitan



Biografi Usahawan 2


Datuk Dr. Ameer Ali bin Mydin
Pengarah Urusan  Mydin Mohamed Holdings Berhad

Nama:                                      Datuk Dr. Ameer Ali bin Mydin
Tempat lahir:                          Kota Bharu, Kelantan
Tarikh lahir:                             4 Jun 1956
Tahun:                                     63 Tahun
Jawatan:                                  Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad
Nama Isteri:                            Datin Dr Siti Hawa
Bilangan anak:                        2 anak (1 lelaki dan 1 perempuan)
Hubungan dengan usahawan pertama:          Anak kedua Mydin Mohamed
Pendidikan:                             Master in International Business from Sonoma State University, California
Kerja Sebelum:                        Arab Malaysian Merchant Bank


Langkah Pertama Mydin


Serajah Mydin bermula sekitar 100 tahun yang lalu pada tahun 1918 daripada ayahnya, Ghulam Hussain bin Jamal. Ayahnya Ghulam, iaituJalam adalah imigran Muslim daripada India. Pada tahun 1928, Mydin Mohamed lahir di Penang dan keluarganya telah memulakan perniagaan peruncitan kecil-kecilan pada tahun 1940 di pasar malam

Tetapi nasib tidak berpihak kepada mereka kerana kedai mereka telah terbakar semasa Perang Dunia ke-2 dan mereka telah kehilangan segala-galanya. Tetapi, tragedy itu tidak mematahkan semangat Mydin. Dengan keazaman dan kesabaran yang penuh, dia meneruskan legasi keluarganya dalam bisnes peruncitan.
BAGAIMANA DAN DIMANA BISNES DIMULAKAN DAN APAKAH PRODUK PERTAMA?



Semasa Mydin berumur 21 tahun, beliau telah berkahwin dengan seorang wanita dari India, bernama Roshwan Bhai dan dikurniakan 7 cahaya mata, 4 lelaki dan 3 perempuan. Semasa beliau menjangkau umur 29, dengan semua wang yang beliau ada, beliau dengan nekad telah membuka kedai runcit pertamanya pada tahun 1957. Dengan hanya berdindingkan papan, kedai itu dinamakan Syarikat Mydin Mohamed, terletak di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Beliau memulakan bisnes kecil-kecilannya itu dengan menjual alat permainan kanan-kanan dan barangan harian. Dalam penat lelah dan susah payah yang diharungi oleh Mydin, keluarganya iaitu isteri dan anak-anaknyalah yang memberi kekuatan dan menjadi pembakar semangat dalam meneruskan perniagaan itu. Dengan kesungguhan dan strategi perniagaan, Mydin telah meluaskan empire perniagaannya di Terengganu pada tahun 1979 dengan membuka cawangan baru disana. Pada tahun 1987, anak keduanya, Datuk Ameer Ali telah menyetai Syarikat ayahnya, Mydin Mohamed Holdings Berhad.


BISNES DIKEMBANGKAN DENGAN BANTUAN ANAKNYA (DATUK DR AMEER ALI MYDIN)

Pada tahun 1989, Mydin telah dibawa ke Lembah Klang dimana cawangan di Jalan Masjid Indian telah dibuka. Ini merupakan satu pencapaian yang membangkan dalam industry peruncitan di Malaysia dan merupakan permulaan dalam kejayaan Mydin Mohamed Holdings Berhad. Cawangan di Jalan Masjid India tersebut telah mendapat sambutan luar biasa dan menggalakkan dariapada penduduk setempat.

Itu memberikan kepercayaan kepada Datuk Ameer Ali Mydin untuk kemudiannya membuka satu Hipermarket dia Subang Jaya. Tetapi, asam garam dalam perniagaan, untuk mengembangkan perniagaan seharusnya perlu melalui rintangan yang berbagai. Beliau mendapat tentangan hebat daripada pihak bank yang enggan memberikan hutang perniagaan untuk beliau merialisasikan impiannya itu walaupun bisnes beliau terlihat sangat memberangsangkan.
CABARAN DALAM PERNIAGAAN

Sepanjang perjalanan dalam dunia perniagaan, Datuk Ameer mengakui bahawa banyak kepayahan dan kesusahan yang dihadapi olehnya lagi-lagi dalam menghadapi pihak bank untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk mengembangkan dan membuka satu lagi cawangan di Subang Jaya. Kata pihak bank bahawa itu adalah kerja gila untuk membuka hypermarket berdekatan dengan Giant hypermarket yang merupkan hypermarket yang besar dan popular. Bagaimana Mydin yang baru bertapak untuk bersaing dengan syarikat besar tersebut. Itulah yang dikatakan pihak bank kepadanya.

Datuk Dr Ameer juga diingatkan untuk tidak mengambil risiko yang besar untuk membuka cawangan di Subanf Jaya kerana Mydin telah terkenal dengan dengan gelaran hypermarket murah dan hanya limit kepada tempat yang berpendapatan rendah seperti di Jalan Masjid India.

Malah, apa yang dijawab oleh  Datuk Dr Ameer Ali adalah sangat bernas. "Orang Malaysia suka pergi pasar malam kan? Kenapa? Kerana barangannya murah. Saya tinggal di Bangsar yang merupakan kelas pertengahan (ketika itu). Pernah tak anda pergi ke pasar malam di situ? Orang masih mahukan belian yang baik.”.

Tanpa berputus asa untuk mencari sumber kewangan bagi merealisasikan impiannya, dan setelah permohonannya telah ditolak oleh beberapa bank, akhirnya Datuk Dr Ameer Ali berjaya medapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Arab-Malaysia Berhad. Itu merupakan titik tolak dalam merealisasikan impiannya untuk mengembangkan cawangan Mydin di Subang Jaya dan beliau juga telah menjangkakan pengikhtirafan atas kejayaan cawangan Subang Jaya tersebut apabila setahun selepas pembukaannya, Mydin Holdings Berhad perlu menambah bilangan tempat letak kereta untuk menampung jumlah pelanggan yang semakin ramai.

Kejayaan ini telah menjadi pencapaian yang penting untuk Datuk Dr Ameer and syarikatnya untuk mengembangkan empire mereka. Kini, pihak bank telahpun meletakkan kepercayaan atas pelan perangcangan dan strategi bisnes yang dibawa oleh beliau dan tiada lagi halangan untuknya memukan lebih banyak cawangan Mydin, daripada hypermarket, kedai runcit, mini market dan sebagainya mengikut lokasi.


SOKONGON KELUARGA

Kejayaan ini tidak akan berhadil didapatkan tanpa sokongan keluarganya. Bagi Datuk Dr Ameer,isterinya iaitu Datin Dr Siti Hawa sangat menyokonh dan bagi Datuk Dr Ameer Ali, wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupannya. Berkahwin dengan wanita yang tepat adalah keputusan yang paling penting untuk dibuat sebagai seorang usahawan. Bagi Datuk Ameer, isteri, anak-anak, ibu dan juga adik-beradiknya merupakan struktur sokongan segera baginya kerana mereka menetap dekat dengannya dan itu yang menyebabkan beliau sentiasa merendah diri dan melakukan yang terbaik, iaitu untuk berkhidmat untuk masyarakat khususnya. Itulah sentuhan manusia yang sering beliau praktikkan dengan pekerja di syarikatnya.


BUKTI KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI



Kini, Mydin telah menjadi syarikat terbesar di Malaysia dibawah bisnes pemborong dan peruncitan. Produk-produk yang dipasarkan termasukkan daripada makanan, barangan-barangan perkakas, produk isi rumah, dan barangan basah. Setiap cawangan mempunyai katerogi bisnes tersendiri, berdasarkan kapasiti dagangan yang baik. Kapasiti itu berdiri daripada hypermarket, mini market, kedai francais, kedai serbaneka, emporium dan bazaar. Kini, Mydin telah beroperasi dengan 267 cawangan seluruh negara termasuk 23 hipermarket, 5 kedai francais (Mydin Mart), 49 mini market (MyMydin), 7 kedai runcit premium yang dikenali sebagai SAM’s Groceria, 2 kedai F&B premium yang dikenali sebagai SAM’s Deli dan 167 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Segala pencapaian kini telah membuktikan bahawa kepayahan Datuk Dr Ameer Ali dan ayahnya, terbalas dengan terwujudnya empayar yang kuat.

Anugerah yang telah diterima:

  • Malaysia Business Leadership Awards 2009 under the category of Master CEO of the year 2009 by Kuala Lumpur Chamber of Commerce
  •  Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009 under the category of Personality Award
  • Pemenang ke-8 Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2009 di bawah kategori Kepimpinan Kecemerlangan
  • Pemenang Anugerah Usahawan Tahun oleh Ernst & Young di bawah kategori Master Entrepreneur 2007
  • Pemenang tahun  Kepimpinan Excellencent (2007) yang dianugerahkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur Malaysia (DPMMKL) Dibentangkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Sultan Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah
  • Anugerah Keusahawanan Asia Pacific Entrepreneurship Award (APEA) for Malaysia Region di bawah kategori Usahawan Cemerlang 2007
  • Dianugerahi Dato '(DIMP) oleh Sultan Pahang pada tahun 1999


“Expanding a business is much like climbing the stairs — it has to be done one small step at a time, otherwise we are bound to fall”—Datuk Dr Ameer Ali Mydin


RUJUKAN

1.      Ishak, H. (2013, Oktober 8). Biodata Usahawan Mydin..YBhg. Dato 'Haji Ameer Ali bin Mydin. Retrieved from Usahawan Berjaya di Malaysia: http://usahawanmalaysiaberjaya.blogspot.com/2013/10/biodata-usahawan-mydinybhg-dato-haji.html2.       Lohan, N. R. (2017, September 19). Mydin owner firmly believes in the concept of the human touch. Retrieved from Star2.com: https://www.star2.com/people/2017/09/19/mydin-owner-firmly-believes-in-the-concept-of-the-human-touch/
3.       Suhaimi, K. (2017, September 13). Mydin - Kisah Bagaimana Daripada Sebuah Kedai Runcit Menjadi Empayar Hypermarket. Retrieved from Iluminasi: https://iluminasi.com/bm/mydin-bagaimana-daripada-sebuah-kedai-runcit-kepada-empayar-hypermarket.html
 


Oleh : Nur Insyirah Izzati

Comments

Popular posts from this blog

10 Produk Inovatif

3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)