10 Produk R&D

1) Produk Taharah







Pelbagai jenis produk kosmetik yang dihasilkan. Antaranya termasuk sabun taharah yang boleh digunakan untuk tujuan sertu. Produk yang dikeluarkan adalah produk yang berstatus halal sesuai dengan pengguna beragama Islam.


2) Mesin Pembakar Satay








Mesin pembakar satay yang mampu memanggang satay sehingga 800 cucuk dalam masa sejam. Setiap sesi memanggang satay adalah dalam tempo 5 minit


3) Alat Bantu Mengajar Kanak-kanak disleksia









Disleksia merupakan ganguan pelaran yang dialami kanak-kanak.Tahap IQ mereka adalah sama seperti kanak-kanak normal yang lain dalam sesetengah perkara tahap IQ mereka lebih tinggi daripada yang lain.Namun mereka sering dianggap lembab akibat daripada masalah disleksia ini. Untuk itu pihak UiTM telah mereka satu perisian yang dapat membantu golongan kanak-kanak dileksia ini. Ianya lebih dikenali sebagai Komik Interektif mudah alih disleksia atau D-mic. Ianya senag di bawa kemana-mana ataupun On-The-Go.


4) Jubin Kulit Telur














Rasimi Abdul Ghani bekas pelajar UiTM dalam bidang pengkhususan polimer telah membuat penyelidikan dan mendapati hasil buangan kulit telur jika diadunkan bersama polimer khas yang tertentu dapat menghasilkan jubin lantai yang berkualiti tinggi. Ianya dapat menahan suhu kepanasan sehingga 750° Celcius dan juga mampu menahan beban tekanan sehingga 500 kg. Selain itu ianya tidak mudah terbakar dan tahan calar




5) Gula Stevia (pemnis alternatif)







UiTM melakukan R&D pada tanaman Stevia sebagai pemanis alternatif untuk menggantikan gula.Satu projek R&D usahasama dengan syarikat Agrostevia Worldwide (M) Sdn Bhd untuk mengusahakan ladang stevia dan seterusnya melakukan penyelidikan.Stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan adalah merupakan pemanis alternatif tanpa kalori. Di antar kelebihan stevia adalah : Menstabilkan darah, penawar  darah tinggi, penawar diabetis, penawar obesiti, ubat luka, sebagai florida gantian di dalam ubat gigi.



6) Teh Daun Kelapa Sawit









Merupakan hasil kajian R&D Universiti Putra Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dr.Suhaila Mohamed.

Bahan Aktif yang terdapat daripadanya (poluphenos) adalah sebagai agen anti oksida dan mencegah resiko penyakit kardiovaskular. Penggunaanya sama seperti teh yang biasa hanya perlu diletakan uncang phytoquest dan tambah air. Bagi penggunaan kapsul pula ianya dimakan sama seperti penggunaan ubat-ubatan yang lain atau ianya sebagai makanan tambahan(supplement). Ianya boleh ditambah dengan perisa yang lain mengikut kesesuaian.


7) Songkok Ventelation









Songkok yang mempunya kipas yang mempunyai kipas yang kecil bagi memberikan pengudaran semasa pemakai memakai songkok dalam tempoh yang lama. Keadaan ini akan memberikan pemakai beraada dalam keadaan selesa.


8) Biogas Najis Ayam









UiTM Kuala Krau telah membutikan bahawa sisa buangan najis ayam boleh diguna pakai untuk membentuk satu sumber tenaga yang dikenali sebagai biogas. Ianya boleh menjadi sumber bahan api dan gas yang boleh digunakan untuk tujuan memasak serta sebagai bahan ganti untuk tenaga elektrik. Projek R&D ini telah dibiayai oleh SABAD Capital Sdn. Bhd. Syarikat usaha sama yang turut menjayakan projek R&D ini adalah Teltracon Resource. Kejayaan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna khusunya di dalam penggunaan tenaga elektrik dengan menggunakan sumber alam (najis ayam) yang boleh diperbaharui. Dengan penemuan ini ianya bakal membuka satu lagi peluang perniagaan bagi penternak-penternak ayam di seluruh negara


9) Seismic Rubber Bearing






Gempa bumi adalah salah satu bencana alam yang paling merosakkan yang diketahui oleh manusia .Pendekatan konvensional untuk melindungi struktur adalahuntuk mengukuhkannya supaya struktur binaan tidak rosaksemasa kejadian gempa bumi.Namun ianya tidak berkesankerana frekuensi ini berbezea dengan julat frekuensi gempabumi yang boleh merosakkan. Seismic Rubber Bearing ini digunakan dalam pembinaan jambatan. Galas getah redaman tinggi adalah merupakan komponen getah yang mampu menyerap serta memberikan perlindungan yang maksimum dan memastikan bahawa jambatan tersebut masih boleh beroperasi walaupun selepas berlaku gempa bumi. Penggunaan teknologi ini dapat menjimatkan kos pembinaan dengan mengelakkan keperluan untuk mengukuhkan sistem cerucuk.

Kelebihan Seismic Rubber Bearing :
  • Reka bentuk mudah
  • Kurang atau tiada penyelenggaraan diperlukan
  • Tiada bahagian yang bergerak
  • Tahan kepada bahaya alam sekitar
  • Jimat
  • Tiada ciri redaman tambahan diperlukan kerana ianya mempunyaainya


10) Granumas: Produk Graf Tulang Sintetik








Produk graf tulang sintetik berasaskan batu kapur adalah hasil penyelidikan pihak SIRIM. Granumas mengandungi lebih 99% HA tulen yang mematuhi Standard Amerika SYarikat, ASTM F1185-88(1993)(Komposisi Hydroxypatite) untuk implan pembedahan



Oleh: Mastura Ab Rahim

Comments

Popular posts from this blog

1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

10 Produk Inovatif

3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)