10 Produk R&D

                             


Produk:          Pengecas Solar

Pengecas Solar mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu kecik dan boleh membekalkan tenaga untuk menggerakkan peralatan elektronik kecil

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Dr Nowshad Amin

Alamat:      Fakulti Mekanikal (Automatif),
                   Universiti Teknologi Malaysia, Johor





Produk:             ‘V-Grooming’ Perata Batang Buluh
                  
Dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Jabatan Produksi Perhutanan, Fakulti perhutanan, UPM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar.
Teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
Antara kelebihan lain bagi kaedah V-Grooving ialah ia menjimatkan kos pengeluaran dan bahan mentah serta menghasilkan produk berkualiti dan bahan hijau. Inovasi baru ini juga meningkatkan pulangan bagi isi padu buluh yang telah diratakan dari 65 peratus ke 85 hingga 90 peratus.
Inovasi V-Grooving mendapat pengiktirafan Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.

Info lanjut sila Hubungi:   Prof Madya dr Edi Suhaimi Bakar

Alamat:   UPM, Bangi



Produk:  Mesin Pengupas Durian
                                   
Huraian : Adalah salah satu Jabatan Kerajaan yang sehingga kini telah banyak melahirkan pelbagai idea yang menarik bagi meningkatkan hasil produktiviti Hasil Pertanian di negara kita (Malaysia). Hari demi hari berbagai-bagai spesis tanaman yang terbaik dan sempurna telah berjaya dihasilkan oleh MARDI.

Info lanjut sila Hubungi: Mardi


Produk: Pemencil Sismik dan Gegaran


Huraian : Galas getah redaman tinggi (HDRB) – peralatan inovatif untuk perlindungan struktur daripada kerosakan akibat gempa bumi yang berkesan – merupakan satu pembangunan bersama LGM dan University of California, Berkeley dalam tahun 80-an dan telah diterimapakai dan berjaya digunakan secara meluas di seluruh dunia. Berbeza dengan teknik pengukuhan konvensional, HDRB melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur, maka teknologi ini adalah sangat berguna kepada bangunan kritikal seperti hospital, kelengkapan ketenteraan dan pusat kecemasan yang perlu terus berfungsi selepas kejadian gempa bumi yang teruk. Dalam kejadian gempa bumi kebelakangan ini, teknologi ini telah terbukti sangat berkesan ketika kejadian gempa bumi Los Angeles (1994) dan Kobe (1995) dan ini telah membawa kepada peningkatan drastik dalam penggunaan teknologi ini di seluruh dunia terutamanya di Jepun. Hari ini, lebih daripada 8000 struktur di negara yang mempunyai gempa bumi seperti Amerika Syarikat, Jepun, China, Taiwan, New Zealand dan Itali telah menggunakan teknologi ini. Kebelakangan ini, LGM telah berjaya meyakini kerajaan Iran untuk menggunakan teknologi HDRB dalam pembinaan 150 blok bangunan 8 hingga 12 tingkat untuk bandar baru Parand, di selatan Tehran. Pembinaan ini sedang berlangsung dan projek ini merupakan projek penggunaan galas getah sismik yang terbesar di dunia. LGM terlibat secara aktif dalam merekabentuk, pembuatan dan menguji galas getah berkenaan.

Dalam konteks aktiviti penyelidikan dan pembangunan, penyelidikan menumpu ke atas aspek berkenaan dengan pengurangan kos dalam pembuatan galas getah. Di samping itu, penyelidikan juga dilakukan untuk mengoptimumkan prilaku HDRB.

Info Lanjut :Lembaga Getah Malaysia


Produk: Dapra Sel

Huraian: Penggunaan dapra getah untuk perlindungan antara kapal dan pelabuhan. P & P sedang dijalankan dalam bidang berkaitan untuk mengoptimumkan konfigurasi dapra dan pengurangan kos.

Info Lanjut :Lembaga Getah Malaysia

FST untuk keretapi (alas rel)

Huraian: Terdapat pelbagai aplikasi getah di dalam industri kereta api. Di antara yang biasa diketahui ialah pad landasan – diletakkan di antara landasan dan ranjang kereta api – bagi mengurangkan hingar dan getaran. FEA digunakan di dalam R&D bagi mengoptimumkan rekabentuk pad landasan. Pad getah untuk sistem trak papak terapung (FST) turut dikaji. Penggunaan sistem FST kini semakin meningkat disebabkan pengurangan bunyi hangar dan getaran yang ketara daripada sistem ini.

Kajian turut dijalankan bagi membangunkan komponen getah termaju bagi aplikasi monorail generasi baru.

Info Lanjut :Lembaga Getah Malaysia


Motosikal kuasa tinggi tiga roda

Huraian: DreamEDGE Sdn Bhd menyiapkan prototaip motosikal kuasa tinggi tiga roda yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Motosikal konsep yang hampir menyamai reka bentuk ‘superbike’ tiga roda terkenal, Can-Am Spyder itu dipertontonkan pada Pameran Motor Antara Lumpur (KLIMS13).

Info lanjut sila Hubungi: Khairil Adri Adnan

Alamat: DreamEDGE Sdn Bhd
R & D Centre 4800-3A-7, Tingkat 4 Blok A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000  Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
Tel: +603.8320.3800



Produk: Crisis Management System

C5i adalah suatu system penangan krisis dalam masa nyata yang dihasilkan sendiri oleh CoRE. Ianya terdiri dari perisisan yang dibina oleh CoRE secara asal 100% dan menggunakan
perkakasan yang dibeli ‘offthe shelf” atau yang telah sedia ada

Info lanjut sila Hubungi: En. Abdul Shukor Mohamed

Alamat: CORE Expert Systems Sdn Bhd Office 1 level 2, Resource Center (IIC), TPM, Lebuhraya Puchong Sg Besi, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur





Produk: Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) Sapura

Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) merupakan sebahagian daripada suite system komunikasi selamat dan bersepadu Sapura yang bar dilancarkan di bawah jenama 1Netwrok ; rangkaian pribumi pertama negara ini yang boleh menyepadukan komunikasi, maklumat, sumber dan asset pelbagai organisasi menjadi satu platform gabungan, yang membolehkan tindakan diambil dengan pasti dan tepat masa.

Info lanjut : Sapura Secured Techologies

Alamat: Sapura Secured Technologies
Lot 26921 Jalan Rejang
Seksyen 10 Wangsa Maju
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


Produk: Biological Mosquito Control (BiMoC)
           
Di hasilkan oleh kumpulan pelajar SK Putrajaya Presint II (I). Berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau swasta.

Alamat:   SK Putrajaya Presint II (I)


Oleh: Nur Insyirah Izzati

Comments

Popular posts from this blog

1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

10 Produk Inovatif

3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)