10 Produk Kretif
1) Kerusi Malas dengan Tenaga Solar
Kerusi malas dengan tenaga solar ini amat sesuai bagi penggemar gajet. Selain berfungsi sebagai tempat untuk berehat, kerusi ini juga merupakan stesen mengecas peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet serta komputer riba. Menggunakan tenaga solar untuk menjana kuasa elektrik, kerusi ini adalah rekaan perabot yang unik dan menepati citarasa infrastruktur urban masa kini.
Konsep bateri yang boleh dicas semula bukanlah konsep yang baharu. Namun, apa yang berbeza dengan ciptaan kreatif di atas ini ialah bateri ini boleh dicas semula menggunakan sumber port USB. Selain rekaannya yang menyerupai bateri sebenar, bateri ini juga berfungsi seperti bateri biasa, di mana ia boleh digunakan di waktu kecemasan bagi peralatan harian yang memerlukan bateri biasa sepeti alat kawalan jauh dan lampu suluh. Jadi, jika bateri di peralatan anda sudah habis, caskan ia semula menggunakan USB sahaja.
Anda teringin untuk mempunyai ruang bermain di dalam rumah anda? Ruang tidak mencukupi? Inilah idea yang tepat bagi mereka yang kesempitan ruang di rumah namun masih mahu beriadah dengan sukan bermeja. Memperkenalkan, Pintu Meja Sukan. Sesuai untuk permainan seperti ping pong, meja ini tidak akan mengambil ruang langsung kerana ia bertukar menjadi pintu sebaik sahaja anda selesai bermain.
4) Gunting Piza
Ciptaan kreatif ini bagi mereka yang sukakan peralatan dapur yang unik dan terkini. Gunting Piza ini direka khas bagi penggemar pizza yang sudah bosan menggunakan pisau biasa apabila memotong pizza mereka. Gunalah Gunting Piza, pengalaman memakan pizza anda pasti berubah dalam sekelip mata
5) Alat untuk membantu kanak-kanak di singki
Alat ini amat sesuai dalam membantu anak-anak kecil belajar menjaga kebersihan mereka. Dengan alat pembantu memanjangkan paip di singki, anak kecil dapat mencuci tangan mereka sendiri tanpa bantuan orang dewasa.Namun, awas, pastikan suhu air itu tidak panas dan sesuai dengan si kecil anda
Mahu masak lebih dari satu hidangan pada satu masa? Kuali leper berbilang tugas ini adalah penyelesaiannya. Sesuai digunakan untuk memasak telur dan lempeng, anda boleh memasak kedua-duanya serentak pada masa yang sama. Jimat masa
7) Beg Sandar Basikal Lipat
Ciptaan ini bukan sahaja kreatif tetapi amat bermanfaat bagi mereka yang gemar mengembara. Basikal lipat yang dipasang bersama beg sandang ini adalah dwifungsi. Fungis pertama, sebagai sebuah basikal yang boleh dilipat kemas apabila selesai digunakan. Dan fungsi kedua ialah beg sandang belakang yang boleh digunakan untuk mengisi barang dan peralatan mengembara.
Kasut but ini adalah kasut but kompak. Ia dicipta untuk memudahkan penyimpanan terutama sekali bagi mereka yang gemar mengembara dan mahu membawa pakaian dan kelengkapan yang paling sedikit.
Basikal inovatif ini direka dengan bingkai boleh lentur. Bingkai itu membenarkan basikal ini untuk dilenturkan di sekeliling tiang, contohnya tiang lampu.Apabila bingkai dilenturkan pada satu tiang, ia boleh dikunci bagi tujuan keselamatan.
Kini, bagi mereka yang gemar berparti sambal minum wain, anda boleh memegang gelas dan pinggan serentak sambal menari! Klip pemegang gelas wain ini memudahkan gelas wain dipegang tanpa memerlukan tangan anda. Klipkan sahaj pada pinggan anda, dan letakkan gelas anda di situ.
Comments
Post a Comment