10 Contoh Produk RnD


               Produk   :              
 Pembungkus Plastik Mesra Alam
                                   


Mengambil inisiatif untuk mewujudkan ‘situasi menang-menang’ di antara kempen kerajaan dan juga masyarakat, Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed bersama pelajarnya, Amir Fakhrul Islam Abdullah, telah menghasilkan ‘Bahan Penguraian Plastik Mesra Alam’ untuk pelbagai jenis industri pembungkusan.

Mereka telah menghasilkan bahan penambah pengurai polimer dari sumber semulajadi yang boleh dicampurkan dalam polimer sintetik atau bio-uraian yang biasa digunakan oleh industri polimer sekarang. Bahan penambah pungurai polimer ciptaan mereka ini membantu mempercepatkan proses penguraian plastik sehinggga dua bulan sahaja berbanding bahan plastik biasa yang mengambil masa puluhan tahun untuk mereput atau terurai. Plastik yang dihasilkan menggunakan produk inovasi mereka mampu terurai melalui haba, kelembapan dan cahaya matahari.  

Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed



    Produk :   
  ‘SchoolTrac’ – Cip Cegah Ponteng


   

Sekolah dan ibu bapa kini tidak perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan produk Schooltrac yang akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.
Menerusi sistem itu, murid akan dibekalkan dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.
Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS.
Ia menggunakan teknologi Korea tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan di Malaysia oleh ABRA Corp sendiri.


Info lanjut sila Hubungi: ABRA Corp Sdn Bhd (03-7842 8202)




 Produk  :  
  ‘Molecular Property Spectrometer (MPS)’ -Pemeriksa Kestabilan Protein


                                   
Differential scanning calorimetry (DSC) adalah kaedah biasa untuk mencirikan kestabilan protein, tetapi telah dihadkan oleh kadar imbasan perlahan sehingga satu jam setiap sampel, seperti memerlukan sejumlah bahan contoh yang mahal. Pemampat, mengaliran melalui pengesan yang dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh NevadaNano boleh menawarkan penyelesaian dengan mengaktifkan jumlah-kecil, pemprosessan-tinggi pemeriksaan kestabilan protein. 
Molecular Property Spectrometer (MPS) adalah pengesan-berganda, cip silikon tunggal mampu mengukur sifat molekul asas pepejal, cecair dan wap sampel. Dengan menggunakan beberapa teknik, seperti DSC,chemisorption dan analisis termogravimetri, dalam peranti yang sama, MPS mencapai kekhususan lebih tinggi dan kadar positif-palsu yang lebih rendah semasa mengenal pasti sampel yang tidak diketahui. Dengan beberapa mineral pasir tasik, cip mengandungi tetingkap aliran melalui lebar dua rambut manusia dibungkus dengan pemproses dwi-teras. Sistem pengendalian khas dan elektronik untuk mengesan dan menangkap data  untuk melengkapkan reka bentuk, untuk menambah baik pemindahan sampel dan kecekapan interaksi. Kadar pemanasan jumlah-kecil  adalah 750 kali lebih cepat daripada cecair kalorimeter yang paling cepat, dan jumlah sampel adalah lebih 100 kali lebih kecil daripada yang digunakan dalam lain-lain alatan boleh didapati secara komersial. 

Info lanjut sila Hubungi: Kumpulan Pembangunan Molecular Property Spectrometer (MPS):

Jesse Adams, Principal Developer, NevadaNano
Ralph Whitten, NevadaNano
Lee Deal, NevadaNano
Ben Rogers, NevadaNano
Steven Malekos, NevadaNano
Steve Myers, Mindtribe
Adam Rothschild, Mindtribe
Jerry Ryle, Mindtribe
Mike Ho, Mindtribe
Dave Halbert, IP Solutions
Gary Marks, IP Solutions
Dave Mora, IP Solutions
Barry Wise, EigenVector Research Inc.
Neil Gallagher, EigenVector Research Inc.
Randall Bishop, EigenVector Research Inc.


Produk  : 
  Mesin Membakar Sate


                  
Mesin hasil ciptaan MARDI ini mampu menghasilkan sehingga 800 cucuk sate dalam sejam. Uniknya dengan mesin sate ini, pengguna hanya perlu meletakkan daging atau ayam di acuan untuk dicucuk sebelum ia dibakar dalam masa lima minit dan jangan terkejut kerana R&D ini mampu membakar 20 cucuk sate dalam satu sesi.

Info lanjut sila Hubungi:   Bahagian Penyelidikan MARDI


Produk :   
 ‘Car4u’ - Kereta Berkerusi Roda


                                    
Car4u memaparkan sebuah kereta dilengkapi tanjakan pada bahagian belakang untuk memudahkan orang berkerusi roda masuk. Kereta itu yang menggunakan tenaga solar juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
Reka bentuk Car4U menunjukkan keprihatinan terhadap persekitaran dan adalah suatu usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi orang kelainan upaya. Ia menyediakan penyelesaian yang kreatif dan boleh merapatkan jurang antara kebolehan orang biasa dengan mereka yang cacat.  

Info lanjut sila Hubungi:   Muhammad Syafiq Megat Jiwa, Muhammad Syakir Zahar Azlan dan Muhammad Waseem Abdullah


    
   
Produk :       
Cili Bangi



Cilibangi sejenis cabai yang dihasilkan oleh seorang saintis UKM pada tahun 1987 yang terkenal kerana rasanya yang amat pedas tetapi lazat dihasilkan oleh pakar pembiakbakaan, Prof Madya Dr Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri, 63.
Keistemewaan cabai ini bukan saja rasanya pedas apabila digigit atau dimasak malah memegangnya juga membuat kita macam terasa pijar – itulah penangan Cilibangi 3.

Info lanjut sila Hubungi: Dr Ahmed Mahir

Alamat : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
               43600 Bangi, Selangor, Malaysia.



         

                               Produk :
          'Penaeus Mondon' - Pembungkusan     

              Kering Udang Harimau


Udang harimau hidup yang dibungkus secara kering di dalam habuk papan yang dingin dan disinpan pada suhu rendah dapat bertahan sehingga 24 jam. Teknik ini membolehkan lebih banyak udang dapat diangkut pada satu-satu masa dan dengan itu dapat mengurangkan kos pengangkutan.

Kajian ini memperlihatkan keupayaan udang yang dibungkus secara kering untuk terus hidup semasa pengangkutan udara dari Kuala Lumpur ke Hong Kong selama 12 - 14 jam bermula dari waktu permulaan sehinggalah sampai ke destinasi. 

Info lanjut sila Hubungi:   Bahagian Penyelidikan MARDI


          Produk  :         
    Pengeluaran Jus Tropika Jernih
                  

Teknologi pengeluaran jus jernih daripada buah-buahan tropika telah dihasilkan.Jus buah-buahan jernih telah dihasilkan daripada beberapa jenis buah-buahan tropika seperti belimbing, nenas, tembikai wangi, jambu batu, pisang dan lain-lain.
Jus jernih yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri perasa dan rasa seperti buah-buahan tersebut serta mempunyai nilai pH 2.5 - 5.8 dan pepejal larut 8 - 12 'Brix   

Info lanjut sila Hubungi:   Bahagian Penyelidikan MARDI



       Produk :            
 ‘BananaSorp’ – Penyerap Minyak
                  

Hasil penyelidikan inovatif Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Hanafi Ismail dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral bersama Profesor Dr Noor Aziah Abdul Aziz (Pusat Pengajian Teknologi Industri) dan Prosefor Dr Fauziah Ahmad (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam).

Dr Hanafi berkata, inovasi daripada gabungan sisa pokok pisang dan sisa buangan getah mencipta sejenis bahan bio penyerap minyak untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar akibat tumpahan minyak di permukaan air atau  darat. Menurutnya, bahan bio penyerap itu dihasilkan daripada sisa pokok pisang termasuk daun dan pelepah yang reput. Manakala, sisa buangan getah terdiri daripada tayar, tiub motosikal, sarung tangan getah, paip getah, kasut  getah dan getah sekerap yang dikatakan tidak akan terurai atau susah untuk dilupuskan.

Dr Hanafi berkata, cara menggunakannya cukup mudah dengan hanya menaburkan serbuk berkenaan di permukaan air atau permukaan darat yang mana mampu menyerap minyak.

“BananaSorp dalam bentuk serbuk itu adalah ringan daripada berat asalnya di samping tidak menyerap air serta sentiasa terapung di atas permukaan air yang memudahkan ia dikutip semula” kata nya lagi.

Info lanjut sila Hubungi : Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (USM)


Produk  :  
 ‘Greenfinity TM’ - PengecasTelefon Bimbit Menggunakan Tenaga Suria







Profesor Madya di Jabatan Elektrikal, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bertekad mencipta pengecas murah untuk menolong mereka – lantas diciptanya pengecas kecil mengguna tenaga suria diberi nama Greenfinity TM.
Alat berukuran 19 sentimeter x 36.5 sentimeter ini bukan saja mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu menerangi malam.
Ia turut mampu membekalkan tenaga menggerakkan peralatan elektronik kecil. Dijual dengan harga RM150 sebuah hampir 500 sudah pun dijual sebahagian besarnya di Bangladesh.
Alat itu mempunyai jaminan boleh pakai sehingga 25 tahun dan boleh mengecas dua telefon bimbit serentak memakan masa dua jam setengah atau sejam kiranya sebuah telefon di cas.
Pengecas itu direkabentuk untuk membolehkan pelbagai jenis telefon dicas memandangkan penyambung alatcas telefon berbeza seperti penyambung khas untuk Nokia, mini USB dan penyambung untuk Sony-Ericsson.
Ia juga mempunyai sambungan tambahan berbentuk klip untuk mengecas bateri berkekuatan enam voltan. Ini membolehkan pemiliknya menikmati bekalan elektrik tersimpan pada waktu malam untuk memasang lampu yang menggunakan enam voltan kuasa.
Pengecas ini menggunakan bahan elektronik kekal dan komponen pasif yang membuat ia tahan lama tanpa mengeluarkan isyarat gangguan kepada telefon bimbit.
Panel suria pengecas ini diperbuat daripada poli kristal silikon 5Wp bersaiz 19 sentimeter x 36.5 sentimeter disahkan oleh TUV yang memberikannya jaminan selama lebih 20 tahun. Alat pengawal elektronik di belakang pengecas ini dijamin selama lima tahun.

Info lanjut sila Hubungi : Dr Nowshad Amin

            Alamat : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
43600 Bangi, Selangor, Malaysia. 


E-mail  : nowshad@eng.ukm.my 



**** SUMBER : http://itehce.blogspot.com/2015/12/senarai-produk-rnd.html?m=1
*** HASIL : Noor Fatin Azira Binti Noor Amri =)



Comments

Popular posts from this blog

1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

10 Produk Inovatif

3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)