4- PROFIL USAHAWAN PILIHAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA




DATO’ HAJI CHE UMAR BIN YATIM
( Pengarah Urusan Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd )

BIODATA RINGKAS :
 Nama                                :  Dato ‘ Haji Umar Bin Yatim
Tarikh                                 :  6 Mei 1950 
Tempat Lahir                      :  Kampung Sakan, Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar, KedahAdik-Beradik            :  Anak kedua (daripada 8 adik-beradik)

PENDIDIKAN :

1)   Beliau bersekolah di sekolah melayu Sekolah Kebangsaan Penanga sehingga darjah 4.
2)   Kemudian berpindah masuk ke Special Malay Class aliran inggeris Sekolah Rendah  Iskandar.
 3)  Selepas itu, Dato’ Haji Che Yatim mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaya, namun gagalpengajian pada tahun yang pertama.
 4)   Selepas itu beliau bekerja secara tidak tetep menjadi guru sementara, kerani, dan kemudiannya beliau mendapat kerja di PERKESO. Semasa di PERKESO, beliau  menyambung pengajian secara ‘out campus’.
    5)   Sekarang, beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Ijazah sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia.
 6)   Selepas menamatkan ijazah Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM), beliau bekerja selama 26 tahun dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN :

            Pasaraya Borong Sakan Sdn.Bhd menjalankan aktiviti perniagaan berupakan keperluan hidup manusia pakaian, tempat tinggal dan makanan secara runcit dan borong. Sakan menyediakan pakaian untuk semua peringkat umur termasuk lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak dan bayi dalam berbagai jenis, corak, kualiti dengan harga rendah. Dewasa ini masyarakat lebih berhati-hati,  prihatin dan mempunyai informasi yang luas terhadap harga barang keperluan dan di mana untuk membeli.

                       
LATAR BELAKANG & DORONGAN MEMULAKAN PASARAYA BORONG SAKAN :

·         ASAS DIDIKAN IBUBAPA & INSPIRASI UNTUK BERNIAGA

            Mengulangi kisah hidupnya tentang bagaimana Sakan bermula, beliau memberitahu bahawa asas didikan serta dorongan ibubapa iaitu sentiasa memberi inspirasi untuknya cepat bertindak dan mengambil peluang perniagaan dalam sesuatu keadaan. Seterusnya, sokongan kawan-kawan telah mencetuskan tindakannya untuk membelikan set pakaian sukan dan juga sepasang seluar satin untuk bermain sepak takraw.
            Ketika zaman mudanya, Dato’ Haji Che Umar banyak menghabiskan hampir setiap petang bermain bola takraw dengan kawan-kawannya. Beliau sangat meminati permainan ini sehingga ke mana sahaja beliau pergi, beliau pasti akan membawa kasut sukan sepak takraw dan juga sepasang seluar satin untuk bermain sepak takraw. Ketentuan pada hari itu, semua rakan-rakan beliau perasan dan sangat menyukainya, malah masing-masing mahu membeli sepasang untuk diri mereka sendiri.
            Bermula dari hari itulah beliau mula berfikir dan terdetik untuk berniaga. Malangnya, beliau mempunyai sedikit wang dan terpaksa menunggu sehingga akhir bulan tersebut untuk gajinya. Kemudian, setelah gajinya masuk, beliau mengambil RM200 daripada gajinya sebagai modal untuk membeli seluar yang sama secara pukal pada harga borong dan menjualnya kepada kawan-kawannya. Jualan tersebut sangat memberi keuntungan kepadanya.

·         INSPIRASI MEMBENTUK SYARIKAT SENDIRI & SOKONGAN ISTERI

            Seterusnya, menyelusuri kembali bagaimana Sakan bermula, Dato’ Haji Che Umar melaburkan semula keuntungan dan berulang proses itu sehingga beliau memantapkan dirinya sebagai pembekal separuh masa untuk perniagaan kecil yang lain. Oleh kerana perniagaannya semakin berkembang, beliau menyedari bahawa perlunya untuk membentuk sebuah syarikat. Akhirnya, pada bulan April tahun 1982, beliau mengambil keputusan untuk membentuk Syarikat Sri Sakan yang dinamakan sempena kampung beliau dilahirkan. Beliau mendapat sokongan daripada isterinya, iaitu Pn Resnah Husin yang sanggup menguruskan perniagaan tersebut kerana pada masa itu Dato’ Hj. Che Umar bertugas sebagai Pegawai Pengurus di agensi kerajaan iaitu Pertubuhan Keselamatn Pekerja (PERKESO) Kuala Kangsar.

·         DORONGAN KAWAN-KAWAN & PERMINTAAN PASARAN
            Perniagaan bermula dengan menerima pesanan dan menjual kepada kenalan sahaja. Sokongan kawan-kawan dan kenalan yang banyak mengambil barangan dari Syarikat Sri Sakan telah merancakkan lagi perniagaannya. Kemudian, perusahaan Dato’ Hj. Umar telah  maju setapak apabila mendapat permintaan daripada peniaga-peniaga kecil, pasar malam, kedai-kedai pakaian, pasaraya ekonomi dan rangkaian Supermarket Berkat, Fajar dan Billionuntuk pasaran borongnya. Pada waktu itu, barang-barang yang dipasarkan merupakan produk keluaran Thailand.
            Kemudian, dengan penuh keyakinan bahawa perniagaan yang diceburi mempunyai potensi besar dan mempunyai peluang yang cerah, maka Dato' Hj. Che Umar mengambil keputusan untuk bersara lebih awal pada tahun 1998 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Walaupun dalam kemerosotan ekonomi pada waktu itu, beliau tetap yakin dan berusaha. Hasilnya amat membanggakan.

·         BANTUAN ANAK-ANAK      
            Pada tahun 2000, dengan dibantu oleh tiga orang anaknya yang baru tamat pengajian dalam Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Kingston Universiti of London, Ijazah Ukur Bangunan dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Politeknik Ungku Omar, maka pada Jun 2001 tertubuhlah Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. sehinggalah mempunyai 81 cawangan pada  tahun 2012. Kesemua saham syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Dato' Hj. Che Umar, isteri serta anak-anaknya.


FAKTOR YANG MEMBANTU SAKAN BERTAHAN DAN BERKEMBANG

-Rajin menghadiri kursus untuk perniagaan dan mengikuti latihan serta rajin membaca buku-buku motivasi.

-Rajin memberi ‘talk’, ceramah dan berkongsi pengalaman beliau dalam mana-mana ceramah kerana permintaan daripada beberapa pihak.

- Pengetahuan dan pengalaman Pengarah urusan; Dato' Hj. Che Umar Hj.Yatim selama lebih 20 tahun dalam bidang ini sebagai pemborong sebelum terlibat dalam aktiviti peruncitan. Ini termasuk keupayaan mengharungi dua (2) kegawatan ekonomi (tahun 1983 dan 1997) dengan baik malah semakin berkembang.

-Ketegasan dan sikap berhati-hati yang dibawa oleh Dato' Hj. Che Umar dalam membentuk anak-anaknya, menjadikan perniagaan seperti yang ada pada hari ini.

-‘Tagline ‘ perniaagaan yang mudah diingati orang, iaitu “ ingat murah, ingat Sakan”.

-Budaya kerja yang diamalkan.

-Kepelbagaian barang jualan dalam bisnes.

CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN :
-Beliau mengatakan bahawa bidang perniagaan ini adalah bidang yang dikuasai oleh bangsa lain dan apabila kita hendak membesar saingannya adalah sangat kuat.
-Cabaran daripada pekerja tempatan yang kurang berkesungguhan dalam melakukan kerja berbanding pekerja asing.
-Keadaan politik semasa. Contohnya, pelanggan kurang membeli barangannya semenjak ada GST / SST.

NASIHAT UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA :
-Keberanian dalam menghadapi saingan dan sebarang risiko dalam perniagaan.
-Jujur dan mengekalkan integriti.
-Kita perlu mempunyai sikap-sikap tertentu seperti orang yang berjaya, seperti bangsa Cina yang sangat rajin bekerja keras, amanah dan berani.
-Kita juga perlu mempunyai sikap kesungguhan dan keyakinan dalam melakukan sebarang kerja, serta kita perlu rajin mengkaji ‘musuh’ / persaingan kita dalam perniagaan.
-Perniagaan memerlukan kerja keras, disiplin dan kemahiran pengurusan wang yang kukuhuntuk membina perniagaan yang menguntungkan.
-Jika ingin memulakan perniagaan, bermulalah dari bawah. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya.
-Pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Seorang usahawan perlu belajar daripada orang lain dalam perniagaan.
-Rajinkan diri dengan membaca biografi-biografi orang yang berjaya.
-Sentiasa berbuat baik kepada pekerja dan masyarakat, seperti rajin menderma atau menaja kepada orang yang kurang bernasib baik. Kata beliau, “apa-apa perbuatan kebajikan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk berkongsi kekayaan dengan masyarakat”.

PENCAPAIAN / BUKTI KEJAYAAN :
-Anugerah usahawan cemerlang – daripada Dato’ Rafidah Aziz.
-Memenangi setiap tahun anugerah ‘Kedai Harga Patut’ – daripada Kementerian  Perdagangan. (Pada tahun 2018, beliau telah mendapat anugerah tersebut daripada 13  cawangan kedai Sakan.
-Pingat Dato’  dan Jaksa Pendamai dari Sultan Kedah.

RUJUKAN




DISEDIAKAN OLEH : Noor Fatin Azira Binti Noor Amri =)

Comments

Popular posts from this blog

1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

10 Produk Inovatif

3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)