3 - Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Omar Ali Holdings Sdn. Bhd)

Profil Usahawan Pilihan
AZIZAH OMAR
Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd
Alamat
:
37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel
:
03-2694 4840
Faks
:
03- 26946605
E-mel
:
Laman Web
:



Latarbelakang Usahawan
Dr. Azizah Omar antara usahawan yang terkenal di sekitar Kuala lumpur dengan jenama syarikatnya yang dikenali sebagai Omar Ali Holdings. Beliau berusia 42 tahun dan merupakan anak bongsu daripada 11 orang adik-beradik. Tujuh daripada sebelas adik-beradiknya telah menceburkan diri dengan menggalas tanggungjawab terhadap perniagaan Omar Ali Holdings yang telah diusahakan oleh arwah bapa mereka yang dikenali sebagai Omar Ali yang telah banyak bersusah payah untuk mengembangkan syarikat tersebut yang sudah lama bertapak selama 71 tahun dalam perniagaannya. Ibu pejabat Omar Ali Holdings terletak di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru di Kuala Lumpur yang telah diuruskan oleh Dr. Azizah Omar. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang Ekonomi dari Northern Illinois University di Amerika Syarikat. 
Antara serba sedikit mengenai sejarah perniagaan Dr. Azizah Omar yang mempunyai syarikat yang kukuh sehingga kini yang diberi nama Omar Ali Holdings Sdn.Bhd. Syarikat Omar Ali Holdings Sdn.Bhd oleh bapa beliau yang diberi nama Omar Ali iaitu pada tahun 1935, pada permulaan kedai beliau telah membuka kedai bazar Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Masjid Jamek yang terletak di Kuala Kumpur dengan menggajikan hanya dua orang pekerja pada ketika itu dan perniagaannya lebih fokus kepada baju Melayu yang berkonsepkan tradisional. Perniagaan Omar Ali Holdings telah banyak menerima tempahan sekitar tahun 1940-an seperti sut dan lain-lain. Arwah ayah beliau telah belajar dan menimba ilmu dari guru di negara Jepun untuk mendapatkan kemahiran yang lebih baik dalam dunia perniagaan. Cawangan Omar Ali Holdings bukan sahaja terdapat di di Masjik Jamek malah telah meluas di Alamanda, Putrajaya yang telah dibuka pada tahun Oktober 2004 yang diuruskan oleh kakaknya sendiri iaitu Normadiati Omar.
Kejayaan perniagaan mereka disebabkan oleh mereka sangat menjaga keperluan dan kehendak pelanggan dari segi jahitannya yang kemas dan berkualiti yang telah menarik setiap pelanggannya untuk setia dalam membuat tempahan di syarikat mereka.
Produk Songket

Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain beroperasi di kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali. Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat dan pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.  
 


Bezanya syarikat ini dengan syarikat lain, Omar Ali masih mengekalkan konsep reka bentuk baju Melayu yang asli bersesuaian dengan status pelanggan kami yang terdiri daripada golongan korporat.

Pencapaian & Anugerah

                                             
                                         

Beliau sehingga kini telah dapat membuka banyak cawangan diantaranya di Masjid Jamek, Alamanda Putrajaya dan Plaza Angsana, Johor Bharu. Beliau juga telah bekerjasama dengan negara-negara luar seperti Jepun, China, Indonesia dan Pakistan.

Kontek

Bagi yang berminat untuk melihat koleksi beliau, bolehlah mengunjungi butik Omar Ali Sdn Bhd yang terletak di 37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (No tel : 03-2694 4840) yang dibuka pada setiap hari kecuali Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 malam untuk hari Isnin hingga Jummat manakala jam 9 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu.

Rujukan:

Oleh: Nur Zulaikha bt Abdul Karem

Comments

Popular posts from this blog

1- Idola Usahawan Berjaya di Malaysia (Mydin Holdings Berhad)

10 Produk Inovatif